Sunday, October 14, 2012

Selamat Datang Ke Blog Rasmi DPP Bank Rakyat

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung blog Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat. Diharapkan anda semua dapat meluangkan masa dan selalu mengunjungi blog DPP yang bakal diaktifkan tidak lama lagi. 

Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk berkongsi segala aktiviti mahupun maklumat dengan lebih terperinci disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa/i DPP Bank Rakyat dengan barisan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS).

Blog ini secara rasminya akan dikendalikan oleh barisan JKPS. Segala input yang dimasukkan adalah dibawah kawalan Pentadbiran DPP. Akhir kata, sebarang cadangan dan komen yang boleh dijadikan penambahbaikan amatlah dialu-alukan daripada mahasiswa/i sekalian

Sekian, Wassalam